Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA TAHUN 2010 !!!

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan mempimpin
Putra Putri negara kita

Pada Sri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua


Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu , membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Begitulah indahnya bait-bait lagu Kami Guru Malaysia yang saban tahun akan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh guru-guru di Malaysia sempena Hari Guru Malaysia yang jatuhnya pada 16 Mei setiap tahun.

Pada tahun ini, sambutan hari guru SMESH akan dikendalikan oleh sistem rumah. Dan Rumah Tun Ahmad Raffae (Merah) menjadi pelopor kepada pengendalian sambutan hari guru peringkat sekolah. Pada tahunn lepas, lagu ini tidak sempat dinyanyikan oleh guru-guru kerana persembahan pelajar ting. 5 mengambil masa yang cukup panjang iaitu lebih 30 minit. Saya amat berharap agar pelajar-pelajar yang akan membuat persembahan peka dengan waktu yang ditetapkan penganjur supaya segala aktiviti yang mahu dijalankan seperti nyanyian lagu di atas oleh guru-guru SMESH dapat dilakukan.

Sebagai guru, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan guru dan para pelajar jika ada kesilapan secara sengaja atau tidak yang saya lakukan sepanjang perkhidmatan saya dismesh. Maafkan saya.... saya hanya insan biasa...

Saya juga ingin menyeru agar semua rakan guru bersatu hati dan sama-sama lah kita membangunkan lagi kecemerlangan smesh dan elakkan perbezaan pendapat yang melampau demi kebaikan bersama.

Kepada pelajar-pelajar , saya amat berharap doakan lah kesejahteraan guru-guru anda kerana kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan anda... hormatilah guru dan jangan kerana benda-benda kecil hingga sanggup merosakkan harta benda guru yang dibeli dengan harga ribuan ringgit... YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI..

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA 2010

No comments: