Friday, July 23, 2010

DARI KAKI TANGGA KE MENARA !!!!

Dari Kaki Tangga Ke Menara


Peruntukkan secebis dari masa mu nan terluang...
Mengimbasi kembali.. suka duka masa nan silam...
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang...
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan...

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi..

Demikian kebalnya ikatan kita... demikian eratnya jalinan rasa..
Keyakinan diiringi doa.... Begitu percintaan kita... sebati dengan cita-cita... merancang kehidupan hari muka....



Aku gembira menyaksikan
kau beroleh kejayaan
dulu dikaki tangga kini di menara
jangan kau lupa masa silammu
dan mereka yang membantu
moga tak kau abaikan
amanah dan kewajipan....

Ada kenangan tentang lagu Fauziah Latiff ni.... sewaktu saya pertama kali masuk ke UKM tahun 2001... seorang Ustazah di sekolah saya meminta saya mendengar lagu ini dan memahami liriknya kerana katanya ia ibarat kata-katanya kepada saya.... saya sungguh terharu dan lebih terharu tak lama kemudian Ustazah kesayangan saya ini meninggal dunia akibat barah rahim... Arwah dikebumikan di negeri kelahirannya iaitu Terengganu dengan meninggalkan 2 zuriat... Moga rohmu dicucuri rahmat Ustazah Zanariah...

Untuk para pelajar kesayanganku yang kini di Universiti.. selamilah lirik lagu ini kerana ia ibarat kata-kata saya kepada kamu semua...

Wednesday, July 14, 2010

SEMOGA CEPAT SEMBUH EX-MENTEE !!!!!

Tanggal 13 Julai 2010 (Selasa) sekitar jam 5.30 petang saya terdengar suara Zed memanggil Bunker dari dalam bilik di rumah warden. Saya kemudian terus mandi dan sebaik selesai pada jam 5.45 petang saya terdengar suara kecoh di luar lalu segera memakai pakaian dan bergegas keluar dan terlihat ramai pelajar berkumpulan di depan dewan.


Kemudian saya nampak kaca bertaburan di pintu dewan dan banyak titisan darah. Saya dimaklumkan ex-mentee saya . Bunker yang melanggar kaca pintu dewan yang tebal itu dan berlumuran darah dan sudah di bawa ke hospital oleh Cikgu Dzul. Saya diam dan kemudian pergi ke dewan makan untuk makan malam bersama pelajar lain. Ada beberapa form 4 students bercerita dan saya hanya mendengar.


Ramai kawan-kawan Bunker yang sedih dan ada yang menangis. Kemudian, saya lihat kereta cikgu Jaini meninggalkan asrama dan saya yakin dia ke hospital. Saya menelefon dia untuk kepastian dan setelah konpem dia ke sana, saya turut mengambil keputusan ke sana untuk melihat sendiri keadaan ex-mentee saya yang saya dengar agak parah.


Ada pelajar yang mahu ikut (Izzul) tetapi saya tidak benarkan kerana saya tidak mendapat kebenaran cikgu jaini. Saya call dzul untuk konpemkan Bunker di mana dan dinyatakan yang dia di Hospital Queen. Saya tiba di sana sekitar jam 6. 45 malam dan terus ke bahagian kecemasan. Saya sesat dan terpaksa call dzul minta dia ambil saya di luar.


Sebaik masuk, kelihatan cikgu jaini, cikgu x ,gerald dan Zed. Saya kemudian terus masuk ke dalam bilik operasi di mana Bunker sedang menjalani rawatan sedikit gerun melihat Bunker yang masih berlumuran darah. Kemudian, saya lihat Nizam begitu setia menemani Bunker dan memegang tuala yang menekap bahagian kepala Bunker yang masih berdarah. Itulah dia erti sebuah persahabatan. Bukan senang nak dapat kawan macam itu.


Doktor bertukar ganti hingga adakalanya lebih dari 4 orang mengerumuni Bunker dan begitu juga jururawat. Kami menunggu sehingga jam 8.00 malam barulah doktor kata pendarahan baru dapat dihentikan dan kepala Bunker perlu dijahit sementara bagi mengelakkan darah keluar lagi sementara tangan kanan Bunker hanya dibalut kerana luka yang amat besar dan dalam dan hanya akan dirawat di SMC.


Jam 8.15 malam, kakak Bunker tiba dan nasib baik dia jururawat di situ dan banyak membantu memudahkan urusan. Pengetua dan isteri juga turut melawat Bunker dan waktu itu Bunker sudah bersih sedikit dari darah dan sudah dijahit kepalanya. Kemudian , kami menunggu Bunker di x-ray dan kemudian menunggu dia di bawa ke SMC untuk pembedahan kecemasan . Kerana ambulans yang tiada, kakak Bunker mencadangkan kami pulang dulu kerana jam sudah 9.50 malam.


Kami pulang dan tiba ke sekolah jam 10 malam dan biasalah ramailah wartawan tidak bertauliah mengerumuni kami untuk bertanya macam-macam soalan. Jam 11.40 malam , saya sms kakak Bunker dan dimaklumkan mereka sudah di SMC dan menunggu masuk ke bilik bedah. Jam 12.45 malam saya call kakak Bunker dan dimaklumkan Bunker sudah masuk ke bilik bedah jam 12.00 malam dan dijangka pembedahan mengambil masa 1 jam 30 minit. Saya turut dimaklumkan tekanan darah Bunker amat rendah akibat terlalu banyak kehilangan darah dan darah nya pula jenis O.


Bayangkanlah 3 set cadar terpaksa ditukar sepanjang rawatan Bunker di hospital Queen. Amat banyak darah yang keluar. Kepada Bunker, semoga cepat sembuh. Saya sayang semua mentee dan ex-mentee saya. Kepada semua pelajar, ambil ikhtibar peristiwa yang berlaku dan ikutlah peraturan asrama dan sekolah yang sebenarnya memetingkan keselamatan anda semua. teguran guru dan warden bukan sengaja mengongkong anda tetapi lebih kepada risaukan diri dan kselematan anda.


Kepada Nizam dan Zed ... teruskan menjadi kawan yang baik dan semua pelajar yang lain hargailah kawan kerana jika kita menjadi kawan yang baik, kita pasti dapat kawan yang baik...


Renung-renungkan dan selamat beramal...