Friday, November 20, 2009

BLOG RASMI JABATAN TEKNIKAL

Berikut adalah laman web rasmi jabatan teknikal SMESH.. sebarang pengumuman rasmi dan segala aktiviti yang melibatkan jabatan teknikal akan dimaklumkan melalui laman blog ini. Harap semua pelajar dapat melihat selalu blog ini untuk perkembangan terkini jabatan teknikal.

http://jteknikalsmesh.blogspot.com/

Terima Kasih

Tuesday, November 17, 2009

Cuti Sekolah Tiba lagi!!!

Cuti sekolah tiba lagi... selamat bercuti kepada semua dan pesanan kepada semua pelajar terutama yang akan naik ketingkatan 5 tahun depan agar menggunakan peluang cuti panjang ini untuk memantapkan lagi pengetahuan yang telah dipelajari selama ini agar tahun hadapan tidak banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

Jika sesiapa perlukan tutor peribadi sempena cuti panjang ini terutama subjek matematik dan matematik tambahan ting. 1 hingga 5 bolehlah menghubungi saya segera tetapi yang dikawasan kota kinabalu sahaja ya.. apa pun selamat bercuti sekali lagi..

Thursday, November 12, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN !!!

Kepada semua pelajar tingkatan 4 Alfa dan 4 Delta, bolehlah berjumpa saya untuk mendapatkan markah matematik tambahan akhir tahun yang lalu.


Tahniah kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 Alfa kerana berjaya membuktikan prestasi anda lebih baik berbanding pelajar tingkatan 4 Alfa tahun lalu manakala pelajar tingkatan 4 Delta, anda kena berusaha lebih keras kerana masih tidak dapat mengatasi keputusan pelajar tingkatan 4 Delta tahun lalu.

Tuesday, September 1, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 2009 (OGOS) Siri 3 (AKHIR)!!!!

Sebelum saya sudahkan diari cuti-cuti malaysia ogos saya ni.. saya nak berkongsi satu kisah di saat saya mahu mengambil ptk hari khamis (27 ogos). Saya masuk ke jabatan teknikal tepat jam 8.30 pagi untuk mengambil slip masuk ptk saya. Bila saya buka pintu saya dapati kerusi di komputer jabatan teknikal ada satu yang patah. Bilik pn. somphon terbuka dan bersepah dan lebih memeranjatkan ada lubang terbuka dibahagian atas tempat duduk saya. Meja saya dan beberapa guru lain turut bersepah. Saya terus melihat bawah meja saya dibelakang rak laci saya. Ternyata laptop sekolah dibawah jagaan saya tiada disitu. Nyatalah jabatan saya dipecah masuk. Saya terus kepejabat depan untuk membuat laporan dan mereka tidak terkejut kerana rupanya pejabat juga dipecah masuk. Mereka menanti kedatangan polis.

Akhirnya saya mengambil ptk dalam keadaan penuh kerisauan. Harap-haraplah ok lah keputusan saya. Apa yang terjadi seterusnya? saya pun tak tahu. Tunggu sajalah siasatan polis.

Akhirnya dengan berat hati saya teruskan juga niat ke tenom. Jadi pada hari jumaat (28 ogos) saya bertolak ke tenom dengan Helmi dan mengambil emiardy dirumahnya dipenampang. Kami menuju ke keningau melalui jalan tambunan. Saya lebih selesa melalui jalan itu. Kami singgah di TVRC ingatkan nak bermain dengan ikan-ikan disitu sekali tutup dah... Jadi kami teruskan perjalana ke keningau. Kami singgah di rumah badrul hisham.. susah gak nak cari .. dah lah handphone tutup terpaksalah call cikgu rasman minta no phone ayah bad.. rikgu rasman kenal ayah badrul... Akhirnya kami dapat juga ke rumah badrul dan turut membawa badrul ke tenom.

Kami singgah di rumah ridzwan (5 beta) kerana saya kenal ibubapanya. Malangnya dia tiada disitu dan ada dimasjid keningau. Terpaksalah pergi ke sana. Akhirnya ridzwan juga mengikut kami ke tenom. Kami bermalam di perkasa tenom. Niat saya ke sana nak cari durian isi merah.. Nak juga rasa walaupun seulas... Sebelum pindah ni nak rasalah durian ni.. Jadi esoknya kami ke taman pertanian lagud sebrang.. Memang ada berbuah tapi tiada yang gugur.. kempunanlah saya... Jadi kami terus pulang kekeningau.. Kami singgah di taman buaya tenom... Saya dan banyak kali pergi tenom pun tak perasan ada taman buaya... Kami singgah.. Masuknya RM 1 seorang. Ada hanya seekor buaya di rumah keluarga cina itu... Tapi besarnya.... takut juga... Menurut cerita nenek tua di rumah itu, anaknya yang jumpa buaya itu 60 tahun yang lepas. Waktu besarnya sepanjang 2 jari... Tapi kini...wow besarnya....

Kami tiba dikeningau sekitar jam 2 dan terus pusing-pusing di keningau. Kami melihat maktab keningau dan pergi melawat rumah baru ahmad ridzwan hanafie (5 sigma) mentee saya tu.. Rumah baru beb.. Batu 2 tingkat.. cantik... tapi kawan kita tu tiada dirumah.. apa boleh buat balik sajalah...

Kami menginap di hotel juta.. Ambil dua bilik bersambung.. Executive bilik lagi... duitnya pun..hmmm.... apa boleh buat... malamnya kami berbuka di hotel.. ambil pakej berbukanya... ala buffet... apa lagi serang.... sampai nak termuntah kami makan... Ada jemputan dari ayah ashraf anuar berbuka dirumahnya tetapi saya dan tempah dulu set berbuka... Untuk tidak hampakan mereka, kami datang juga bertandang kerumah mereka di kg. bayangan selepas solat terawikh... Sampai 10 malam lebih kami pulang dan terus makanan sahur kami dihantar kebilik... Akibat kenyang melampau... kami tidak bangun bersahur... esoknya kami pulang ke kk...

Ada insiden yang membuat saya amat marah kepada seseorang dalam percutian ke tenom ini... Saya harap orang itu insaf perbuatannya dan memohon keampunan dengan Allah dan ubahlah perangai anda... Jangan korbankan diri anda hanya kerana.... sayonara.. jumpa lagi di siri cuti-cuti malaysia akan datang.. salam...

Monday, August 31, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 2009 (OGOS) Siri 2!!!!

Hmmm.. nak sambung diari percutian ke-2, kami telah bersahur di hotel executive , lahad datu sekitar jam 3.30 pagi. Agak best juga makanannya. Nasi lemak dan ada kari kambing dan udang goreng... lazatnya...

Kemudian kami bertolak menuju ke kunak tepat jam 10.30 pagi. Kami singgah di pusat rekreasi madai dan niatnya nak mandi air terjunnya. Sekali merbahayalah pulak.. Tapi kami sempat naik kanopi walk nya. Walaupun saya hanya dipermulaan , takut tau gayat lagi.. nanti putus pulak.. hahaha... tapi mereka yang lain dapatlah naik.

Kemudian kami terus ke gua madai. Punyalah teruk jalannya dan payahnya nak parking. Saya mengambil keputusan berpatah balik kerana takut mengambil risiko ke sana. Bagaimanapun rombongan cikgu dzul berjaya sampai ke sana. Takperlah... lain kalilah pergi.. mungkin sebab hari ahad jadi orang ramai...

Kami terus ronda-ronda pekan kunak yang rasanya kecil sahaja sebelum memecut ke semporna melalui jalan baru kunak semporna. Untuk mengurangkan kebosanan, saya meminta pelajar-pelajar yang saya bawa mengira ada berapa jambatan yang dijumpai disepanjang jalan baru itu. Anda tahu? hehe... nak tahu jumlah sebenar tanya pelajar-pelajar saya itu.

Kami sampai disemporna lebih kurang jam 2 petang. Saya terus check in di floating atau dragon inn. Kami hanya dapat dua bilik untuk famili. Terpaksalah rombongan saya bersesak sedikit semalam. Yang bestnya di semporna ialah makanannya. Kami berbuka puasa di kedai bersebelahan selekoh masuk ke floating. Dah 2 kali saya makan di situ sebelum ini dan memang ummm makanannya. Tak rugi. Tom yamnya fuhhh... terangkat ooo... cubalah k kalu kamu ke sana....

Kemudian untuk menambah kesesakan perut , kami makan pulak kfc tepat jam 9 malam.. haha... padan muka diaorang yang sesak perutnya tu... Yang susahnya nak cari kedai untuk bersahur kerana floating tidak buka restorannya. Akhirnya terpaksalah akur makan di gerai berdekatan milimewa semporna. Akibatnya esoknya, Azrul dan cikgu dzul sakit perut... kesian..

Kami keesokannya terus menuju ke tawau. Di sana cikgu rasman telah menanti di masjid besar tawau dan kami terus ke taman bukit tawau. Akhirnya impian mahu mandi manda kesampaian kerana dapat juga kami berendam mandi air terjunnya. Kemudian kami terus check in di marco polo hotel. Cadangnya nak pergi rumah rahmad nandu (4 delta) tetapi akibat kepenatan dan kekurangan masa, saya terpaksa batalkan. Maaf ya rahmad... insya allah lain kali...

Malamnya kami berbuka di tepi laut berdekatan bulatan di masjid tawau dengan cikgu rasman. Esoknya sahur kami makan di kedai mamak berdekatan hotel dan esok pagi terus bertolak pulang. Kami bertolak jam 9 pagi dan sampai di kk jam 4 petang. Non- stop kecuali isi minyak dan kencing... Penat tapi menyeronokkan.. To emiardy, emerhine dan helmi thanks teman saya bercuti... Kepada pelajar lain yang ingin bersama saya cuti-cuti malaysia next episod bolehlah mendaftar.. he..he...

Saturday, August 22, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 2009 (OGOS) Siri 1 !!!!

Hmmm... sempena cuti sekolah selama seminggu dibulan ogos 2009 ini saya dan cikgu dzul telah merancang satu percutian ke Tawau. Perjalanan kami bermula pada 21 ogos (Jumaat) dengan bertolak ke Sandakan. Saya telah membawa Helmi (ting. 1), emiardy dan emerhine manakala cikgu dzul membawa gerald dan azrul. Kami telah sampai ke Sandakan pada jam 8.30 malam dan kami memilih untuk menginap di Sabah hotel.

Malam itu selepas makan malam, kami telah melepak di tepi pantai Sandakan dengan berbual sambil menikmati ikan bakar yang dibeli di pasar malam Sandakan. Selepas itu, kami telah pergi ke menara peninjau berdekatan rumah agnes untuk melihat keindahan bandar Sandakan pada waktu malam tetapi sedikit hampa kerana pokoknya sudah besar-besar dan menghalang pandangan. Kemudian kami balik ke hotel untuk tidur.

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya menyambut awal ramadhan di hotel. Kami telah bangun pada jam 3.00 pagi untuk bersahur di restoren hotel. Boleh tahan makanannya tetapi kebanyakan dari kami kekenyangan dan hanya menjamah sedikit makanan.

Pagi esoknya iaitu 22 ogos (sabtu), pada jam 9.00 pagi kami telah checked out dari hotel dan menuju ke sepilok orang utan. Kami tiba tepat jam 10 pagi dan memang waktu sesuai melihat orang utan di sana kerana pada waktu ini adalah waktu orang utan diberi makan dan orang-orang utan ini akan keluar dengan banyak. Jika anda datang pada waktu lain hanya akan membazir wang dan masa kerana mungkin seekor orang utan pun anda tidak akan nampak.

Kemudian kami terus ke gua gomantong, iaitu antara gua yang mempunyai sarang burung terbesar di malaysia. Saya bagaimanapun tidak ikut serta ke sana dan saya hanya menunggu di kaunter pendaftaran masuk kerana mengelakkan kepenatan dan lagipun saya sudah pernah pergi melawatnya. Cuma saya terkilan kerana waktu ini, sarang burung sudah matang dan mulai diambil untuk dijual. Jadi, saya tidak dapat melihat live cara sarang burung ini diambil.

Kemudian kami terus ke batu tulug. Saya hanya mendaki ke gua pertama kerana tidak mahu kepenatan yang membolehkan saya berbuka puasa awal. Hehe.... Jadi saya hanya menunggu dikereta. Apa yang penting, saya sudah berjaya mendakinya ya di hujung tahun lepas. Ada saya tulis didalam blog ini. Apapun mereka yang lain berjaya mendakinya hingga ke puncak.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke lahad datu. Kami sempat singgah di sm sains lahad datu dan kami dibenarkan masuk melihat-lihat kawasan sekolah itu oleh jaganya. Apa yang pasti kawasannya luas dan agak cantik berbanding smesh. Apapun smesh tetap dihati.

Kemudian kami terus ke pekan dan singgah dirumah azizul. Apa yang pasti rumahnya besar dan memang pemandangannya seperti dikampung dan bukan seperti dikawasan setinggan seperti didakwa azizul selama ini. Apapun, kami dapat melihat adik perempuan azizul yang baru dilahirkan. Tahniah ya...

Hehehe... kami akhirnya mengambil keputusan bermalam dilahad datu kerana cikgu dzul kepenatan. Memilih hotel di lahad datu amat sukar kerana masalah parking kereta. Jadi kami memilih menginap di executive hotel kerana disediakan parking kereta yang dijaga oleh sekuriti guard.

Esok,23 ogos kami akan ke kunak dan menuju ke gua madai. Selain melawatnya, kami akan manid-manda di kawasan air terjunnya sebelum melawat pekan kunak dan terus menuju ke semporna dan kami dijangka akan menginap difloating. Jumpa lagi di siri ke-2... nak tidur ni.. mengantuk... hehe...

Monday, July 27, 2009

H1N1 !!!!

Akhirnya sesuatu yang ditakuti terjadi juga, sekolah tempat saya mengajar telah diarahkan tutup sementara kerana seramai 20 pelajarnya disahkan positif H1N1.

Arahan penutupan bermula 24 Julai 2009 (Jumaat) hingga 31 Julai 2009 (Jumaat). Sekarang kami dikuarantin didalam sekolah. Pelawat tidak dibenarkan masuk demi mengelakkan jangkitan virus dan penularan virus yang lebih luas.

Adalah diharapkan pelajar yang sihat dapat menggunakan tempoh seminggu ini untuk mengulangkaji pelajaran dan bukannya hanya membuang masa terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan percubaan awal ogos ini.