Monday, July 27, 2009

H1N1 !!!!

Akhirnya sesuatu yang ditakuti terjadi juga, sekolah tempat saya mengajar telah diarahkan tutup sementara kerana seramai 20 pelajarnya disahkan positif H1N1.

Arahan penutupan bermula 24 Julai 2009 (Jumaat) hingga 31 Julai 2009 (Jumaat). Sekarang kami dikuarantin didalam sekolah. Pelawat tidak dibenarkan masuk demi mengelakkan jangkitan virus dan penularan virus yang lebih luas.

Adalah diharapkan pelajar yang sihat dapat menggunakan tempoh seminggu ini untuk mengulangkaji pelajaran dan bukannya hanya membuang masa terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan percubaan awal ogos ini.

Thursday, June 4, 2009

FORM 5 ADD. MATHS. MARKS (PAPER 2 PPT 2009)

Berikut adalah mereka yang lulus (form 5 yang saya ajar ) kertas 2 add. maths. bagi ppt 2009 baru-baru ini . Ini bermaksud mereka mendapat 40% dan ke atas bagi kertas berkenaan. Tahniah !!!

Tingkatan 5 Alfa: (Belum di semak. Insyaallah esok petang selesai)


Tingkatan 5 Sigma :

AZWAN BIN OMAR
EMIARDY BIN JEMI
MOHAMMAD ABDULLAH HAKIM BIN MOHD. YUSOF
MOHD ARIFF HASREEN BIN AHLUN
NURUL HUSNA BT MOHD SHEFEE
SHUKRIAH QAHIRAH GULAM HASSAN
SYAHNISEAH ABD. RAZAK

(keputusan : 7/27 lulus = 26% lulus)


Tingkatan 5 Delta :

NUR AZIAN MUSINAN

(keputusan : 1/25 lulus = 4% lulus)

Bagi yang lulus, saya ucapkan tahniah. Bagi yang gagal, gunakan cuti ini untuk mengulangkaji dan membuat latihan tambahan.

Wednesday, June 3, 2009

FORM 5 ADDITIONAL MATHEMATICS (PPT EXAM 2009)

Berikut adalah mereka yang lulus (form 5 yang saya ajar ) kertas 1 add. maths. bagi ppt 2009 baru-baru ini . Ini bermaksud mereka mendapat 32/80 dan ke atas bagi kertas berkenaan. Tahniah !!!

Tingkatan 5 Alfa:

AHIMIN BIN KERISIM
AHMAD IKRAM AZMI
AIMIRASHIDAH AMALINA BINTI AHMADIDIN
ANGELA MAMPOROK
DAYANG NUR NADHIRAH BINTI BAHARIN
DG SITI HAWA BT HJ AG.BAKAR
DZULFIKRI AZIZ BIN HJ.HASBI
FARAHLIZA GRACE PUNIL
HAFIZA THAZALI
JACINTA TOIMIN
JUDE FLORIAN BAJAGAP
KASMIA BINTI SABANG
MOHD AMIRUL AKRAM BIN HJ MASHUM
MOHD. ZUHDIE BIN HAMZAH
MOHD.ZHAFRIE BIN ABD AZIZ
MUHAMMAD SYAKIRIN ANNUAR
MUHD.IZZAT ABDUL WAHAB
MUNIRAH BINTI MARJOH
NUR AZWA BINTI HASSAN
RAIMA BINTI HASSIM
RAYSIEO DUAKIN
SHAHIRAH AMERAH SUHILIN
SURAYA HUSNA ABD. RAHMAN
ZIZI ADORA ARIPIN

(keputusan : 24/30 lulus = 80% lulus)


Tingkatan 5 Sigma :

AZIZUL BIN MOHD ALI
AZWAN BIN OMAR
CORNELIA MIUS
DAYANG KATIJAH BINTI MAT KASSIM
DG.DAYANA MAZLEENA
EMIARDY BIN JEMI
MOHD ARIFF HASREEN BIN AHLUN
NURUL HUSNA BT MOHD SHEFEE
SHUKRIAH QAHIRAH GULAM HASSAN

(keputusan : 9/27 lulus = 33% lulus)

Manakala bagi tingkatan 5 Delta tiada yang lulus kertas 1.

Bagi yang lulus, saya ucapkan tahniah. Bagi yang gagal, gunakan cuti ini untuk mengulangkaji dan membuat latihan tambahan.

Friday, January 30, 2009

Ke mana perginya cahaya ????





Sudah pun selesai bulan januari 2009.... hanya tinggal lebih kurang 9 bulan lagi pelajar tingkatan 5 tahun 2009 akan menduduki spm 2009... sepuluh tahun selepas saya berjaya mendudukinya pada tahun 1999...


Saya amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh para atlet smesh yang sanggup pulang awal dari cuti tahun baru cina ke sekolah hanya satu tujuan untuk berlatih demi menggemilangkan sukan smesh diperingkat daerah....


Begitu juga dengan pasukan kriket yang sangat berdedikasi untuk turut pulang awal demi latihan .... latihan.. latihan...


Adakah cahaya ini akan terus bernyala untuk akademik pulak ?? Jika tidak, kemanakah hilangnya cahaya itu???


Saya masih teringat sewaktu saya meminta pelajar membuat pengumuman untuk menunda porgram perfect score pertama Additional Mathematics pada malam sebelum sukan tahunan hanya untuk memberi peluang pelajar membuat persiapan terakhir sukan tahunan sedangkan saya faham saya sudah tiada masa untuk menghabiskan silibus form 4 yang masih tidak dihabiskan oleh guru form 4... Tetapi demi pelajar yang saya tahu tidak akan fokus dengan program ini, maka saya batalkan... Kesudahannya, terdengar SUARA TEMPIKAN menyorak penundaan program itu dari aspura... mungkin juga aspuri,..


Saya rasa sedih sangat... pelajar masih tidak faham visi saya dismesh.. iaitu membangunkan potensi pelajar dengan sehabisnya dalam additional mathematics di smesh dan pelajar berjaya mendapat A1 dengan keputusan yang sememangnya layak diperoleh pelajar dan bukan hanya sebab nasib sahaja...


Nasib baik ada sekumpulan pelajar yang masih berjumpa saya dan memohon untuk program itu diteruskan... saya bersetuju ... Hasilnya lebih 20 orang pelajar juga turun memberi sokongan kepada program saya itu... DAN nasib saya baik kerana pelajar saya ditingkatan 4 mampu membantu saya menerangkan kepada pelajar yang bukan kelas saya ditingkatan 4 tentang topik 10 "solution of triangle" dengan baik... TQ PELAJARKU... KAULAH SINAR HARAPANKU...


Ingatlah pelajar semua... cahaya yang datang tidak selamanya terus bersinar... sementara ianya masih bersinar... rebutlah peluang untuk memperoleh manfaat dari sinarannya... jangan tunggu ia hilang kerana hilangnya cahaya ... maka gelaplah dunia.... ingat dengan lirik lagu standing in the eyes of the world....


"Setiap manusia ingin berjaya... namun tak semua miliki tuah.. engkau menghampirinya.... kesempatan telah pun tiba...."

Wednesday, December 31, 2008

Azam tahun baru 2009 !!!!


Mendaki batu tulug berjaya dilaksanakan dalam azam 2008


Apakah azam tahun baru anda semua di tahun 2009? harap dapat berkongsi dengan saya... sebelum itu saya ingin berkongsi azam tahun baru saya di tahun 2009...

a) memastikan semua pelajar subjek matematik tambahan tingkatan 5 alfa mendapat gred A1 didalam spm 2009, pelajar tingkatan 5 sigma dan 5 delta mendapat sekurang-kurangnya gred A2 dalam subjek matematik tambahan spm 2009 manakala pelajar tingkatan 4 alfa mendapat sekurang-kurangnya gred B4 dalam peperiksaan akhir tahun 2009 dan pelajar tingkatan 4 delta sekurang-kurangnya gred E8 dalam peperiksaan akhir tahun 2009 didalam subjek matematik tambahan. Jadi, semua pelajar saya haruslah bersama-sama saya untuk mencapainya. Kepada pelajar tingkatan 4, jadikan pmr 2008 sebagai pengajaran besar kepada anda kerana ternyata jika anda tidak berusaha bersungguh-sungguh pasti anda tidak mendapat kecemerlangan yang diharapkan. Kepada pelajar tingkatan 5 berubahlah kerana anda tinggal kurang 1 tahun untuk menduduki spm 2009 yang bakal menentukan masa depan anda. Berikan sokongan kepada saya dan semua yang saya lakukan kerana saya akan beri 200% kepakaran, tenaga dan masa saya demi kecemerlangan anda. Jangan lakukan perkara yang sama dengan pelajar tingkatan 5 delta tahun 2008 yang memboikot kelas tambahan saya dan ini menyebabkan saya tidak lagi melaksanakan semua kelas sinar pagi, kelas tambahan dan apa jua program kecuali p & p dan hanya saat spm makin hampir barulah mahu berubah dan saya tidak punya banyak masa lagi untuk membantu kamu waktu itu jika ianya terjadi lagi pada tahun ini.

b) Saya ingin melaksanakan tugas baru saya sebagai penyelaras sistem rumah SMESH dengan cemerlang dan saya perlukan sokongan semua rakan guru dan pelajar demi melonjakkan sistem rumah kita.
Semoga apa yang kita azamkan pada tahun baru 2009 akan kita capai sebaiknya.. insya allah..

Saturday, December 13, 2008

Percutian di Sandakan !!!!

kami di batu Sapi, Sandakan



Hi... dari 3 Disember 2008 (Rabu) hingga 6 Disember 2008 (Sabtu) , saya telah bercuti ke Sandakan di mana Sandakan adalah pelengkap kepada lawatan ke seluruh Sabah yang berjaya saya lakukan dalam masa 2 tahun sahaja saya di Sabah.

Saya telah pergi bersama Abdul Rahman Musa, Shahrul Nizwan Shah yang kebetulan memang orang Sandakan. So, kira macam saya hantar mereka pulanglah ni. Saya juga membawa Azwan bersama saya. Turut menyertai percutian ini ialah Cikgu Dzul yang membawa Saddam, Faiz Azhar dan 2 pelajar tingkatan 3. Kami bertolak bersama dari Kundasang tepat jam 9.00 pagi tetapi singgah di Ranau untuk sarapan kerana rombongan Cikgu Dzul belum sarapan kerana mereka bertolak sekitar jam 6 pagi dari Kota Kinabalu. Saya pula memang bermalam di Zen Garden Resort Kundasang kerana saya ke Poring hari sebelumnya.


Kami bertolak balik jam 10.30 pagi dan berlumba-lumba ke Sandakan. Tidak dapat dilupakan aksi terbang kereta saya dan kereta Cikgu Dzul akibat terlalu laju dan tidak perasan jalan rosak tidak jauh dari Ranau. Kami tiba di batu 16 Sandakan dan singgah di Samjaya untuk makan di gerai Ummi milik keluarga Siti Zulaeha (Mea) pelajar tingkatan 5 Delta. Wah, saya dan rombongan saya dapat makan freelah jawabnya.

Kami kemudian singgah di rumah Rahman. Jalan ke rumahnya dihiasi pokok kelapa sawit membuatkan saya teringat kg halaman di melaka. Kemudian kami singgah dirumah abang Shahrul sebelum bertolak ke bandar dan menginap di hotel Fisherman berdekatan panggung wayang Sandakan. Antara tempat menarik yang sempat kami lawat ialah Batu Tulug (jangan tak tahu saya berjaya mendakinya juga walaupun semput sampai diatas tu...hehehehe... dapat juga tunaikan hajat mendakinya), gua gomantong (tempat sarang burung dan di sini juga tempat yang pernah menjadi penginapan Shahrul diwaktu kecil... kesian juga mengenang sejarah dia tu), batu Sapi ( dapat juga ku lihat batu ibarat sapi ni dengan mata kepala sendiri.. ni asyik tengok kat tv ajer), rumah agnes (rumah bersejarah dan berhantu ni..heheheh... takut), sepilok (biasa saja), taman buaya sandakan (best lagi di tuaran cuma di sini dapat tengok live kulit buaya yang sudah disiat), dan pastinya war memorial sandakan (tempat bermulanya kawad maut dari sandakan ke ranau iaitu berakhir di kundasang). Bayangkanlah dari 2500 tentera british dan australia yang ditawan jepun hanya 6 yang hidup dan itupun berjaya larikan diri dengan bantuan penduduk kampung.

Apapun impian saya ke pulau penyu dan pulau lankayan belum tercapai. Insya allah tahun depan saya akan kepulau penyu kerana harganya ke sana 2 hari satu malam pakej sekitar RM 300 seorang sahaja. Jika ada sesiapa berminat nak join cakap tau... Apapun terima kasih kepada co-pilot yang baru dapat tauliah iaitu Shahrul dan yang lain kerana sudi menemani saya bercuti... To maegyver jangan marah sebab kamu terlewat memberikan respon untuk turut serta ke percutian ini.. lain kalilah k...

Monday, December 1, 2008

Kenangan Terindah !!!!




Tahukah anda kenangan terindah saya di sekolah menengah sains sabah (smesh) setakat ini ialah apa? Cuba teka...

Saya telah berusaha keras untuk mempromosikan diri saya kepada mantan pengetua iaitu pn. hjh. rossminah bte yamin agar saya dapat mengajar subjek matematik tambahan dan matematik peringkat menengah atas kerana merasakan suatu kerugian kepada saya sendiri dan pelajar jika saya hanya mengajar di peringkat menengah bawah. Saya juga berusaha meyakinkan pn. somphon sararaks selaku gkmp jabatan teknikal agar saya diberi peluang mengajar diperingkat menengah atas.


Peluang yang tiba sebaik sahaja cikgu maini berpindah tidak saya lepaskan. Saya berjaya menggantikan beliau mengajar matematik tambahan di kelas 4 sigma. Malangnya sukatan pelajaran sudah habis dan pelajar agak sukar untuk menerima kehadiran saya. Mungkin kerana amat tegas atau perkara lain. Bagaimanapun sebaik sahaja saya menerima tanggungjawab sebagai guru matematik tambahan dan matematik tingkatan 5 delta, itulah saat paling indah dalam hidup saya kerana itulah kelas peperiksaan pertama saya pegang sejak saya menjadi guru secara rasmi.


Banyak kenangan saat suka duka saya bersama pelajar 5 delta. Saat beberapa pelajar lelaki yang diketuai vincey dan shammir memboikot kelas tambahan saya, saat pelajar perempuan meluahkan perasaan yang tension dengan kelas saya dan macam-macam lagi membuatkan saya merasakan cabaran terhadap kerjaya saya sebagai guru telah bermula. Saat saya menarik diri dari melaksanakan kelas tambahan, sinar pagi dan macam-macam lagi terhadap 5 delta telah membuatkan hati saya resah dan akhirnya saya kembali mengembalikan apa yang saya tarik selama ini secara perlahan-lahan. Apapun yang terjadi antara kita, percayalah anda semua kebanggaan saya. Jika tidak takkan kelas kita menang 22 minggu kelas terbersih dan 7 bulan kelas terbersih bulanan. Apapun good luck to all of you. I hope you all still remember me and sayonara.