Thursday, October 28, 2010

28 OKTOBER 2010 (KHAMIS)

hari ini aku tiba-tiba terfikir untuk berpindah ... sekali lagi selepas aku melakukannya pada tahun 2009 (jun)... aku sudah dapat berpindah tetapi atas sebab-sebab tertentu ianya dibatalkan... kini sekali lagi aku merasakannya... merasakan untuk berpindah...


Entah mengapa hati ini merasakan sudah tidak dapat bertahan lagi duduk di sekolah terbaik di sabah ini... prestasi aku makin merosot.... tidak seperti waktu aku baru sampai ke sini iaitu 2007 - 2009 ... semangat ku sentiasa berkobar-kobar dan sentiasa ingin lakukan yang terbaik...


Tahun ini 2010, aku rasakan tahun terburuk bagi diriku... anugerah APC yang aku terima juga tidak mampu untuk membarakan semula semangat diriku... aku seperti hilang arah.... tidak ada sudah keninginan melakukan yang terbaik... bagi diriku ianya sudah berlalu dan berakhir... apakah salahku?


Aku sudah merasakan tidak ada apa-apa lagi aku boleh lakukan untuk membantu sekolah ini. Aku makin gagal mendidik pelajar menjadi pelajar yang baik... gagal mendidik pelajar memahami add math dengan baik... result makin teruk.... sentiasa corot dalam zon sql... apa lagi daya aku... daripada ianya berterusan dan memberi impak buruk pada imej sekolah , mungkin ada baiknya aku undur diri awal2.. kasi peluang pada mereka yang lebih baik dari diriku....


INSYAALLAH JUN 2011 AKAN KU TINGGALKAN SEKOLAH INI UNTUK MENCARI KESEMPURNAAN DIRI YANG BELUM KU TEMUI...

Monday, October 4, 2010

TOGETHER WE ARE ONE !!!

Dah lama x update dis blog.... ramai yang tanya saya kenapa sy x update... jawapannya... sy x da masa... hehhee... now saya di btn kundasang dari 3 - 6 oktober 2010 kerana form 5 ada program di sini.... last touch before they take their spm examination.... i hope the students will do the best at here for preparation .....


Dalam kepala ni banyak perkara difikirkan.... form 5 yang spm nya sudah x lama lg... dah form 4 yang akan exam pat pada khamis ni (7 okt.) . Moga2 apa yang sudah dilakukan bersama-sama antara saya dan semua students akan menunjukkan hasil yang positif... (together we are one)..

Friday, July 23, 2010

DARI KAKI TANGGA KE MENARA !!!!

Dari Kaki Tangga Ke Menara


Peruntukkan secebis dari masa mu nan terluang...
Mengimbasi kembali.. suka duka masa nan silam...
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang...
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan...

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi..

Demikian kebalnya ikatan kita... demikian eratnya jalinan rasa..
Keyakinan diiringi doa.... Begitu percintaan kita... sebati dengan cita-cita... merancang kehidupan hari muka....



Aku gembira menyaksikan
kau beroleh kejayaan
dulu dikaki tangga kini di menara
jangan kau lupa masa silammu
dan mereka yang membantu
moga tak kau abaikan
amanah dan kewajipan....

Ada kenangan tentang lagu Fauziah Latiff ni.... sewaktu saya pertama kali masuk ke UKM tahun 2001... seorang Ustazah di sekolah saya meminta saya mendengar lagu ini dan memahami liriknya kerana katanya ia ibarat kata-katanya kepada saya.... saya sungguh terharu dan lebih terharu tak lama kemudian Ustazah kesayangan saya ini meninggal dunia akibat barah rahim... Arwah dikebumikan di negeri kelahirannya iaitu Terengganu dengan meninggalkan 2 zuriat... Moga rohmu dicucuri rahmat Ustazah Zanariah...

Untuk para pelajar kesayanganku yang kini di Universiti.. selamilah lirik lagu ini kerana ia ibarat kata-kata saya kepada kamu semua...

Wednesday, July 14, 2010

SEMOGA CEPAT SEMBUH EX-MENTEE !!!!!

Tanggal 13 Julai 2010 (Selasa) sekitar jam 5.30 petang saya terdengar suara Zed memanggil Bunker dari dalam bilik di rumah warden. Saya kemudian terus mandi dan sebaik selesai pada jam 5.45 petang saya terdengar suara kecoh di luar lalu segera memakai pakaian dan bergegas keluar dan terlihat ramai pelajar berkumpulan di depan dewan.


Kemudian saya nampak kaca bertaburan di pintu dewan dan banyak titisan darah. Saya dimaklumkan ex-mentee saya . Bunker yang melanggar kaca pintu dewan yang tebal itu dan berlumuran darah dan sudah di bawa ke hospital oleh Cikgu Dzul. Saya diam dan kemudian pergi ke dewan makan untuk makan malam bersama pelajar lain. Ada beberapa form 4 students bercerita dan saya hanya mendengar.


Ramai kawan-kawan Bunker yang sedih dan ada yang menangis. Kemudian, saya lihat kereta cikgu Jaini meninggalkan asrama dan saya yakin dia ke hospital. Saya menelefon dia untuk kepastian dan setelah konpem dia ke sana, saya turut mengambil keputusan ke sana untuk melihat sendiri keadaan ex-mentee saya yang saya dengar agak parah.


Ada pelajar yang mahu ikut (Izzul) tetapi saya tidak benarkan kerana saya tidak mendapat kebenaran cikgu jaini. Saya call dzul untuk konpemkan Bunker di mana dan dinyatakan yang dia di Hospital Queen. Saya tiba di sana sekitar jam 6. 45 malam dan terus ke bahagian kecemasan. Saya sesat dan terpaksa call dzul minta dia ambil saya di luar.


Sebaik masuk, kelihatan cikgu jaini, cikgu x ,gerald dan Zed. Saya kemudian terus masuk ke dalam bilik operasi di mana Bunker sedang menjalani rawatan sedikit gerun melihat Bunker yang masih berlumuran darah. Kemudian, saya lihat Nizam begitu setia menemani Bunker dan memegang tuala yang menekap bahagian kepala Bunker yang masih berdarah. Itulah dia erti sebuah persahabatan. Bukan senang nak dapat kawan macam itu.


Doktor bertukar ganti hingga adakalanya lebih dari 4 orang mengerumuni Bunker dan begitu juga jururawat. Kami menunggu sehingga jam 8.00 malam barulah doktor kata pendarahan baru dapat dihentikan dan kepala Bunker perlu dijahit sementara bagi mengelakkan darah keluar lagi sementara tangan kanan Bunker hanya dibalut kerana luka yang amat besar dan dalam dan hanya akan dirawat di SMC.


Jam 8.15 malam, kakak Bunker tiba dan nasib baik dia jururawat di situ dan banyak membantu memudahkan urusan. Pengetua dan isteri juga turut melawat Bunker dan waktu itu Bunker sudah bersih sedikit dari darah dan sudah dijahit kepalanya. Kemudian , kami menunggu Bunker di x-ray dan kemudian menunggu dia di bawa ke SMC untuk pembedahan kecemasan . Kerana ambulans yang tiada, kakak Bunker mencadangkan kami pulang dulu kerana jam sudah 9.50 malam.


Kami pulang dan tiba ke sekolah jam 10 malam dan biasalah ramailah wartawan tidak bertauliah mengerumuni kami untuk bertanya macam-macam soalan. Jam 11.40 malam , saya sms kakak Bunker dan dimaklumkan mereka sudah di SMC dan menunggu masuk ke bilik bedah. Jam 12.45 malam saya call kakak Bunker dan dimaklumkan Bunker sudah masuk ke bilik bedah jam 12.00 malam dan dijangka pembedahan mengambil masa 1 jam 30 minit. Saya turut dimaklumkan tekanan darah Bunker amat rendah akibat terlalu banyak kehilangan darah dan darah nya pula jenis O.


Bayangkanlah 3 set cadar terpaksa ditukar sepanjang rawatan Bunker di hospital Queen. Amat banyak darah yang keluar. Kepada Bunker, semoga cepat sembuh. Saya sayang semua mentee dan ex-mentee saya. Kepada semua pelajar, ambil ikhtibar peristiwa yang berlaku dan ikutlah peraturan asrama dan sekolah yang sebenarnya memetingkan keselamatan anda semua. teguran guru dan warden bukan sengaja mengongkong anda tetapi lebih kepada risaukan diri dan kselematan anda.


Kepada Nizam dan Zed ... teruskan menjadi kawan yang baik dan semua pelajar yang lain hargailah kawan kerana jika kita menjadi kawan yang baik, kita pasti dapat kawan yang baik...


Renung-renungkan dan selamat beramal...

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA TAHUN 2010 !!!

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan mempimpin
Putra Putri negara kita

Pada Sri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua


Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu , membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Begitulah indahnya bait-bait lagu Kami Guru Malaysia yang saban tahun akan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh guru-guru di Malaysia sempena Hari Guru Malaysia yang jatuhnya pada 16 Mei setiap tahun.

Pada tahun ini, sambutan hari guru SMESH akan dikendalikan oleh sistem rumah. Dan Rumah Tun Ahmad Raffae (Merah) menjadi pelopor kepada pengendalian sambutan hari guru peringkat sekolah. Pada tahunn lepas, lagu ini tidak sempat dinyanyikan oleh guru-guru kerana persembahan pelajar ting. 5 mengambil masa yang cukup panjang iaitu lebih 30 minit. Saya amat berharap agar pelajar-pelajar yang akan membuat persembahan peka dengan waktu yang ditetapkan penganjur supaya segala aktiviti yang mahu dijalankan seperti nyanyian lagu di atas oleh guru-guru SMESH dapat dilakukan.

Sebagai guru, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan guru dan para pelajar jika ada kesilapan secara sengaja atau tidak yang saya lakukan sepanjang perkhidmatan saya dismesh. Maafkan saya.... saya hanya insan biasa...

Saya juga ingin menyeru agar semua rakan guru bersatu hati dan sama-sama lah kita membangunkan lagi kecemerlangan smesh dan elakkan perbezaan pendapat yang melampau demi kebaikan bersama.

Kepada pelajar-pelajar , saya amat berharap doakan lah kesejahteraan guru-guru anda kerana kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan anda... hormatilah guru dan jangan kerana benda-benda kecil hingga sanggup merosakkan harta benda guru yang dibeli dengan harga ribuan ringgit... YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI..

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA 2010

Sunday, April 25, 2010

TIPS PANDUAN TEMUDUGA ISTITUT PERGURUAN MALAYSIA

PERTAMA KALI... TAHNIAH PADA PELAJAR BATCH SPM 2009 YANG MENERIMA TAWARAN MENGHADIRI TEMUDUGA KE INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA BAGI SESI 2010 / 2014 DAN AKAN MEMULAKAN KERJAYA SEKITAR TAHUN 2015....

Berikut adalah tips atau panduan dari saya kepada kamu semua yang akan menghadirinya...

1)pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan , difotokopi secukupnya, disahkan dan disusun mengikut senarai yang diberikan.

2) pastikan rambut bagi lelaki / perempuan non dan tudung di selenggara dengan baik.

3) Gunakan pakaian yang soft colour dan bukannya terlampau terang.

4) pakai blazzer yang sesuai.

5) datang sekurang-kurangnya sejam awal dari masa yang ditetapkan.

6) ketuk pintu sebelum masuk ke dalam dan hanya masuk selepas diarahkan berbuat demikian.

7) berikan salam mengikut agama interviewer... biasanya ada namanya dipaparkan di luar pintu dan jika tiada berikan sahaja selamat sejahtera...

8) duduk apabila diarahkan sahaja dan jaga adab duduk anda...

9) sekiranya ditanya dalam bahasa inggeris.. jawablah dalam bahasa inggeris dan jika dalam bahasa lain jawablan dalam bahasa berkenaan.

10) biasanya akan ada 2 sessi iaitu kumpulan... lebih kurang 4 orang dan kamu diberi tajuk dan berbincang sesama sendiri mengikut masa yang ditetapkan. bincanglah dengan rasional dan isi yang kukuh.

11) sessi kedua adalah interview secara individu...

12) soalan pertama... introduce yourself (dalam bi)

13) soalan kedua... berkisar tentang borang yang diisi dan dokumen sijil yang kamu bawa.... dan sedikit tentang kenapa minat jadi guru

14) soalan ketiga .... berkisar tentang silibus dan kerjaya guru..sila baca tentang kementerian pelajaran juga seperti nama menteri dan lain-lain

15) soalan keempat tentang isu semasa.... terpulanglah nasib kamu kena isu dunia... politik, ekonomi atau apa-apa sahaja topik...

16) interviewer biasanya akan hentam kamu supaya semangat kamu down untuk jadi guru... mereka nak lihat kamu ni mmg layak ker jadi guru... so jangan takut dan pertahankan diri kamu sebaiknya dan jangan sesekali marah k... bahaya tu... senyum ja....


itu sahaja tips saya... moga kamu sume yang dapat ni akan menjadi guru yang terbaik dikalangan yang baik-baik...

Saturday, March 27, 2010

TERIMA KASIH FORM 5 TAHUN 2009!!!!

Pada Jumaat 26 Mac 2010 sebaik selepas tamat raptai khas utk penerima anugerah dan graduasi di dewan sri kinabalu, saya telah ke koperasi sekolah dan masih sibuk memastikan kehadiran para pelajar tingkatan 5 tahun 2009 ke majlis pada sabtu 27 mac 2010.


Tiba-tiba, ada pelajar menendang tong sampah hijau hingga berselerakan didepan saya dan syerkhan dan tuyul bergaduh. Saya yangs sedang kepenatan terkejut tetapi malas utk ambil tahu sangat. Tiba-tiba satu perkara terjadi dimana seluruh pelajar form 5 tahun 2009 yang ada terus menyanyikan lagu selamat hari jadi dan membawakan kek kepada saya.


Saya amat terkejut dan terharu. Tidak pernah menyangka saya akan dihargai begitu. Baru jer marah-marah mereka semasa raptai.. hahhaha..... patutlah petang jumaat tu, cikgu datu ramlee kata nak keluar membeli-belah dengan ashraf anuar dan pingue..... rupa-rupanya beli kek.... terima kasih bebanyak.... saya takkan lupakan hari ini (26 mac 2010 / jumaat/ jam 10.30 malam/ koperasi smesh).


Walaupun gimik gaduh mereka kurang menjadi, sebab mereka berharap saya akan bangun dan leraikan mereka.... hahahhaha.... nasib baik.... tetapi masih menjadi.... kalaulah saya terus balik ke rumah malam itu..... ishhhhh.... kesian mereka.... apapun ALLAH itu maha mengetahui...


TERIMA KASIH SEKALI LAGI PELAJAR FORM 5 TAHUN 2009. Moga Allah meredhai kamu dan menyenangkan hati kamu sebagaimana kamu menyenangkan hati saya...

Sunday, March 21, 2010

FIKIRKAN BOLEH !!!!

Untuk pelajar-pelajar ku batch SPM 2008 .... Masih ada kamu-kamu di luar sana yang masih terumbang-ambing hidupnya walaupun sudah hampir 2 tahun kamu menamatkan zaman persekolahan di SMESH.... walaupun apa yg terjadi... FIKIRKAN BOLEH!!!... kamu pasti boleh melakukannya.... teruskan usaha anda dan mencapai kegemilangan hidup....

Untuk pelajar-pelajar ku batch SPM 2009, ramai yang menangis gembira menerima keputusan SPM malah ada yang menangis duka... bagi saya yang berlalu biarkan berlalu... anda tidak mungkin boleh menukar sejarah.... tetapi anda pasti boleh melakukan penciptaan sejarah yang baru. FIKIRKAN BOLEH!!! dan anda pasti boleh melakukannya...teruskan perjuangan.... sesungguhnya perjuangan kita belum selesai...

Pada pelajar-pelajar batch spm 2010..... fikirkan dan renungkan kembali semua yang terjadi pada pelajar-pelajar saya batch spm 2008 dan 2009... mereka ini senior anda... suka dan duka mereka.... kamu yang lebih tahu..... malah anda sendiri nampak apa yang mereka lakukan dan apa yang terjadi pada mereka... jadikan ikhtibar dan jangan lagi lalai.... sesungguhnya jika anda FIKIRKAN BOLEH.... ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!!!... SPM 2010 makin menjelang....

Saya amat menyayangi anda semua.... sesungguhnya hampir setiap saat saya akan fikirkan anda semua.... teruskan usaha.... FIKIRKAN BOLEH !!!!

Friday, March 12, 2010

TAHNIAH BATCH SPM 2009 !!!!

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada batch spm 2009 smesh atas kejayaan anda mencipta rekod... 16 orang straight a's .. tahniah... dari itu jika kita gunakan gred A1 dulu bermaksud 5 orang straight 9A1 dan selebihnya straight a's.. TAHNIAH!!!

KEPUTUSAN ADDITIONAL MATHEMATICS JUGA AMAT MEMBERANSANGKAN.... terima kasih kerana yakin pada saya dan mengikuti semua program yang saya aturkan tanpa rasa jemu dan bosan.... bilangan gred A sungguh luar biasa iaitu 54 orang pelajar dan ini yang tertinggi sekali dalam sejarah smesh.... Bilangan B 39 orang .... 21 orang gred C dan selebihnya gred D dan E.... TAHNIAH....


Sesungguhnya jika kita yakin pada guru dan hormatinya nescaya inilah balasannya.... terima kasih PARA PELAJAR KU SPM BATCH 2009...

Friday, January 1, 2010

AZAM TAHUN BARU 2010

Tahun ini azam saya ialah rahsia. Bagaimanapun saya tetap ingin meneruskan kecemerlangan subjek saya iaitu add. math. Saya harap kelas saya nanti akan wujudnya pelajar-pelajar yang akan bersungguh-sungguh untuk menguasai subjek ini dan tidak malas, tidak cepat mengalah dan enggan berusaha.

Saya tidak sabar-sabar untuk mengajar anda semua pelajar saya tahun 2010. Insya allah saya akan mengajar kelas 5a, 4a, 4b dan 4d untuk subjek add math dan 5b bagi subjek math.

selamat berjumpa para pelajar 2010

Wednesday, December 30, 2009

JALAN - JALAN SANDAKAN (29 DIS TO 1 JAN 2010)

29 hb saya, emiardy and indra bertolak ke sandakan.. lepak2 lagi sebelum 2 hb... 2 hb ni sudah mula tugasan dengan meeting pertama guru 2010... kami lepak di sabah hotel... hari ni 30 hb dis ... nak ambil si muz then jalan2 sandakan sebelum ke rumah si nana di beluran.

oh.. ya... saya belum wish tahniah pada batch pmr 2009 atas keputusan luar biasa pmr kamu.. diharap ianya akan diteruskan dengan kejutan spm 2011 nantii... harap keputusan yang terbaik juga dan bukannya yang terburuk k... selamat berjumpala sebab insya allah 3 dr 4 kelas form 4 nanti saya yang akan mengajar subjek add. math...

k la... nak bersiap ni.. akum

Monday, December 21, 2009

MATHEMATICAL REASONING .. KENAPA PERLU PELAJARINYA???

Ayat 1:

Semua bayaran perlu dijelaskan pada kadar RM 500 sebelum 7 hb setiap bulan tunai dan ia perlu di masukkan di dalam akaun bank.

Ayat 2:

Semua bayaran perlu dijelaskan pada kadar RM 500 sebelum 7 hb setiap bulan tunai atau ia perlu di masukkan di dalam akaun bank.

Sila lihat dua ayat di atas.. ayat yang sama cuma dua pernyataan di sambungkan dengan menggunakan dan (and) , satu lagi atau (or).

Apa perbezaannya? Adakah ianya membawa apa-apa maksud kepada kehidupan seharian? Sila berikan komen sebelum saya perjelaskan...

TERIMA KASIH !!!!!

Terima kasih kepada batch spm 2009 kerana terlalu banyak kenangan pahit dan manis kita bersama.... saya takkan lupakan kerana disebalik kepahitan yang ada terselindung banyak kemanisan... saya sangat gembira dan suka bersama dengan anda semua....


Jika ada tersilap kata dan perbuatan... maafkan saya... saya hanya manusia biasa.. namun sedar tak sedar banyak sudah kita lalui bersama.... bak kata cikgu jaini .... saya juga akan merindui batch kamu selamanya.. teruskan berfacebook kita.. saya mahu tahu perkembangan kamu semua....


All the best... saya harap dan doakan keputusan spm 2009 meletup.. insyaallah..

Friday, November 20, 2009

BLOG RASMI JABATAN TEKNIKAL

Berikut adalah laman web rasmi jabatan teknikal SMESH.. sebarang pengumuman rasmi dan segala aktiviti yang melibatkan jabatan teknikal akan dimaklumkan melalui laman blog ini. Harap semua pelajar dapat melihat selalu blog ini untuk perkembangan terkini jabatan teknikal.

http://jteknikalsmesh.blogspot.com/

Terima Kasih

Tuesday, November 17, 2009

Cuti Sekolah Tiba lagi!!!

Cuti sekolah tiba lagi... selamat bercuti kepada semua dan pesanan kepada semua pelajar terutama yang akan naik ketingkatan 5 tahun depan agar menggunakan peluang cuti panjang ini untuk memantapkan lagi pengetahuan yang telah dipelajari selama ini agar tahun hadapan tidak banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

Jika sesiapa perlukan tutor peribadi sempena cuti panjang ini terutama subjek matematik dan matematik tambahan ting. 1 hingga 5 bolehlah menghubungi saya segera tetapi yang dikawasan kota kinabalu sahaja ya.. apa pun selamat bercuti sekali lagi..

Thursday, November 12, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN !!!

Kepada semua pelajar tingkatan 4 Alfa dan 4 Delta, bolehlah berjumpa saya untuk mendapatkan markah matematik tambahan akhir tahun yang lalu.


Tahniah kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 Alfa kerana berjaya membuktikan prestasi anda lebih baik berbanding pelajar tingkatan 4 Alfa tahun lalu manakala pelajar tingkatan 4 Delta, anda kena berusaha lebih keras kerana masih tidak dapat mengatasi keputusan pelajar tingkatan 4 Delta tahun lalu.

Tuesday, September 1, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 2009 (OGOS) Siri 3 (AKHIR)!!!!

Sebelum saya sudahkan diari cuti-cuti malaysia ogos saya ni.. saya nak berkongsi satu kisah di saat saya mahu mengambil ptk hari khamis (27 ogos). Saya masuk ke jabatan teknikal tepat jam 8.30 pagi untuk mengambil slip masuk ptk saya. Bila saya buka pintu saya dapati kerusi di komputer jabatan teknikal ada satu yang patah. Bilik pn. somphon terbuka dan bersepah dan lebih memeranjatkan ada lubang terbuka dibahagian atas tempat duduk saya. Meja saya dan beberapa guru lain turut bersepah. Saya terus melihat bawah meja saya dibelakang rak laci saya. Ternyata laptop sekolah dibawah jagaan saya tiada disitu. Nyatalah jabatan saya dipecah masuk. Saya terus kepejabat depan untuk membuat laporan dan mereka tidak terkejut kerana rupanya pejabat juga dipecah masuk. Mereka menanti kedatangan polis.

Akhirnya saya mengambil ptk dalam keadaan penuh kerisauan. Harap-haraplah ok lah keputusan saya. Apa yang terjadi seterusnya? saya pun tak tahu. Tunggu sajalah siasatan polis.

Akhirnya dengan berat hati saya teruskan juga niat ke tenom. Jadi pada hari jumaat (28 ogos) saya bertolak ke tenom dengan Helmi dan mengambil emiardy dirumahnya dipenampang. Kami menuju ke keningau melalui jalan tambunan. Saya lebih selesa melalui jalan itu. Kami singgah di TVRC ingatkan nak bermain dengan ikan-ikan disitu sekali tutup dah... Jadi kami teruskan perjalana ke keningau. Kami singgah di rumah badrul hisham.. susah gak nak cari .. dah lah handphone tutup terpaksalah call cikgu rasman minta no phone ayah bad.. rikgu rasman kenal ayah badrul... Akhirnya kami dapat juga ke rumah badrul dan turut membawa badrul ke tenom.

Kami singgah di rumah ridzwan (5 beta) kerana saya kenal ibubapanya. Malangnya dia tiada disitu dan ada dimasjid keningau. Terpaksalah pergi ke sana. Akhirnya ridzwan juga mengikut kami ke tenom. Kami bermalam di perkasa tenom. Niat saya ke sana nak cari durian isi merah.. Nak juga rasa walaupun seulas... Sebelum pindah ni nak rasalah durian ni.. Jadi esoknya kami ke taman pertanian lagud sebrang.. Memang ada berbuah tapi tiada yang gugur.. kempunanlah saya... Jadi kami terus pulang kekeningau.. Kami singgah di taman buaya tenom... Saya dan banyak kali pergi tenom pun tak perasan ada taman buaya... Kami singgah.. Masuknya RM 1 seorang. Ada hanya seekor buaya di rumah keluarga cina itu... Tapi besarnya.... takut juga... Menurut cerita nenek tua di rumah itu, anaknya yang jumpa buaya itu 60 tahun yang lepas. Waktu besarnya sepanjang 2 jari... Tapi kini...wow besarnya....

Kami tiba dikeningau sekitar jam 2 dan terus pusing-pusing di keningau. Kami melihat maktab keningau dan pergi melawat rumah baru ahmad ridzwan hanafie (5 sigma) mentee saya tu.. Rumah baru beb.. Batu 2 tingkat.. cantik... tapi kawan kita tu tiada dirumah.. apa boleh buat balik sajalah...

Kami menginap di hotel juta.. Ambil dua bilik bersambung.. Executive bilik lagi... duitnya pun..hmmm.... apa boleh buat... malamnya kami berbuka di hotel.. ambil pakej berbukanya... ala buffet... apa lagi serang.... sampai nak termuntah kami makan... Ada jemputan dari ayah ashraf anuar berbuka dirumahnya tetapi saya dan tempah dulu set berbuka... Untuk tidak hampakan mereka, kami datang juga bertandang kerumah mereka di kg. bayangan selepas solat terawikh... Sampai 10 malam lebih kami pulang dan terus makanan sahur kami dihantar kebilik... Akibat kenyang melampau... kami tidak bangun bersahur... esoknya kami pulang ke kk...

Ada insiden yang membuat saya amat marah kepada seseorang dalam percutian ke tenom ini... Saya harap orang itu insaf perbuatannya dan memohon keampunan dengan Allah dan ubahlah perangai anda... Jangan korbankan diri anda hanya kerana.... sayonara.. jumpa lagi di siri cuti-cuti malaysia akan datang.. salam...

Monday, August 31, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 2009 (OGOS) Siri 2!!!!

Hmmm.. nak sambung diari percutian ke-2, kami telah bersahur di hotel executive , lahad datu sekitar jam 3.30 pagi. Agak best juga makanannya. Nasi lemak dan ada kari kambing dan udang goreng... lazatnya...

Kemudian kami bertolak menuju ke kunak tepat jam 10.30 pagi. Kami singgah di pusat rekreasi madai dan niatnya nak mandi air terjunnya. Sekali merbahayalah pulak.. Tapi kami sempat naik kanopi walk nya. Walaupun saya hanya dipermulaan , takut tau gayat lagi.. nanti putus pulak.. hahaha... tapi mereka yang lain dapatlah naik.

Kemudian kami terus ke gua madai. Punyalah teruk jalannya dan payahnya nak parking. Saya mengambil keputusan berpatah balik kerana takut mengambil risiko ke sana. Bagaimanapun rombongan cikgu dzul berjaya sampai ke sana. Takperlah... lain kalilah pergi.. mungkin sebab hari ahad jadi orang ramai...

Kami terus ronda-ronda pekan kunak yang rasanya kecil sahaja sebelum memecut ke semporna melalui jalan baru kunak semporna. Untuk mengurangkan kebosanan, saya meminta pelajar-pelajar yang saya bawa mengira ada berapa jambatan yang dijumpai disepanjang jalan baru itu. Anda tahu? hehe... nak tahu jumlah sebenar tanya pelajar-pelajar saya itu.

Kami sampai disemporna lebih kurang jam 2 petang. Saya terus check in di floating atau dragon inn. Kami hanya dapat dua bilik untuk famili. Terpaksalah rombongan saya bersesak sedikit semalam. Yang bestnya di semporna ialah makanannya. Kami berbuka puasa di kedai bersebelahan selekoh masuk ke floating. Dah 2 kali saya makan di situ sebelum ini dan memang ummm makanannya. Tak rugi. Tom yamnya fuhhh... terangkat ooo... cubalah k kalu kamu ke sana....

Kemudian untuk menambah kesesakan perut , kami makan pulak kfc tepat jam 9 malam.. haha... padan muka diaorang yang sesak perutnya tu... Yang susahnya nak cari kedai untuk bersahur kerana floating tidak buka restorannya. Akhirnya terpaksalah akur makan di gerai berdekatan milimewa semporna. Akibatnya esoknya, Azrul dan cikgu dzul sakit perut... kesian..

Kami keesokannya terus menuju ke tawau. Di sana cikgu rasman telah menanti di masjid besar tawau dan kami terus ke taman bukit tawau. Akhirnya impian mahu mandi manda kesampaian kerana dapat juga kami berendam mandi air terjunnya. Kemudian kami terus check in di marco polo hotel. Cadangnya nak pergi rumah rahmad nandu (4 delta) tetapi akibat kepenatan dan kekurangan masa, saya terpaksa batalkan. Maaf ya rahmad... insya allah lain kali...

Malamnya kami berbuka di tepi laut berdekatan bulatan di masjid tawau dengan cikgu rasman. Esoknya sahur kami makan di kedai mamak berdekatan hotel dan esok pagi terus bertolak pulang. Kami bertolak jam 9 pagi dan sampai di kk jam 4 petang. Non- stop kecuali isi minyak dan kencing... Penat tapi menyeronokkan.. To emiardy, emerhine dan helmi thanks teman saya bercuti... Kepada pelajar lain yang ingin bersama saya cuti-cuti malaysia next episod bolehlah mendaftar.. he..he...

Saturday, August 22, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 2009 (OGOS) Siri 1 !!!!

Hmmm... sempena cuti sekolah selama seminggu dibulan ogos 2009 ini saya dan cikgu dzul telah merancang satu percutian ke Tawau. Perjalanan kami bermula pada 21 ogos (Jumaat) dengan bertolak ke Sandakan. Saya telah membawa Helmi (ting. 1), emiardy dan emerhine manakala cikgu dzul membawa gerald dan azrul. Kami telah sampai ke Sandakan pada jam 8.30 malam dan kami memilih untuk menginap di Sabah hotel.

Malam itu selepas makan malam, kami telah melepak di tepi pantai Sandakan dengan berbual sambil menikmati ikan bakar yang dibeli di pasar malam Sandakan. Selepas itu, kami telah pergi ke menara peninjau berdekatan rumah agnes untuk melihat keindahan bandar Sandakan pada waktu malam tetapi sedikit hampa kerana pokoknya sudah besar-besar dan menghalang pandangan. Kemudian kami balik ke hotel untuk tidur.

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya menyambut awal ramadhan di hotel. Kami telah bangun pada jam 3.00 pagi untuk bersahur di restoren hotel. Boleh tahan makanannya tetapi kebanyakan dari kami kekenyangan dan hanya menjamah sedikit makanan.

Pagi esoknya iaitu 22 ogos (sabtu), pada jam 9.00 pagi kami telah checked out dari hotel dan menuju ke sepilok orang utan. Kami tiba tepat jam 10 pagi dan memang waktu sesuai melihat orang utan di sana kerana pada waktu ini adalah waktu orang utan diberi makan dan orang-orang utan ini akan keluar dengan banyak. Jika anda datang pada waktu lain hanya akan membazir wang dan masa kerana mungkin seekor orang utan pun anda tidak akan nampak.

Kemudian kami terus ke gua gomantong, iaitu antara gua yang mempunyai sarang burung terbesar di malaysia. Saya bagaimanapun tidak ikut serta ke sana dan saya hanya menunggu di kaunter pendaftaran masuk kerana mengelakkan kepenatan dan lagipun saya sudah pernah pergi melawatnya. Cuma saya terkilan kerana waktu ini, sarang burung sudah matang dan mulai diambil untuk dijual. Jadi, saya tidak dapat melihat live cara sarang burung ini diambil.

Kemudian kami terus ke batu tulug. Saya hanya mendaki ke gua pertama kerana tidak mahu kepenatan yang membolehkan saya berbuka puasa awal. Hehe.... Jadi saya hanya menunggu dikereta. Apa yang penting, saya sudah berjaya mendakinya ya di hujung tahun lepas. Ada saya tulis didalam blog ini. Apapun mereka yang lain berjaya mendakinya hingga ke puncak.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke lahad datu. Kami sempat singgah di sm sains lahad datu dan kami dibenarkan masuk melihat-lihat kawasan sekolah itu oleh jaganya. Apa yang pasti kawasannya luas dan agak cantik berbanding smesh. Apapun smesh tetap dihati.

Kemudian kami terus ke pekan dan singgah dirumah azizul. Apa yang pasti rumahnya besar dan memang pemandangannya seperti dikampung dan bukan seperti dikawasan setinggan seperti didakwa azizul selama ini. Apapun, kami dapat melihat adik perempuan azizul yang baru dilahirkan. Tahniah ya...

Hehehe... kami akhirnya mengambil keputusan bermalam dilahad datu kerana cikgu dzul kepenatan. Memilih hotel di lahad datu amat sukar kerana masalah parking kereta. Jadi kami memilih menginap di executive hotel kerana disediakan parking kereta yang dijaga oleh sekuriti guard.

Esok,23 ogos kami akan ke kunak dan menuju ke gua madai. Selain melawatnya, kami akan manid-manda di kawasan air terjunnya sebelum melawat pekan kunak dan terus menuju ke semporna dan kami dijangka akan menginap difloating. Jumpa lagi di siri ke-2... nak tidur ni.. mengantuk... hehe...

Monday, July 27, 2009

H1N1 !!!!

Akhirnya sesuatu yang ditakuti terjadi juga, sekolah tempat saya mengajar telah diarahkan tutup sementara kerana seramai 20 pelajarnya disahkan positif H1N1.

Arahan penutupan bermula 24 Julai 2009 (Jumaat) hingga 31 Julai 2009 (Jumaat). Sekarang kami dikuarantin didalam sekolah. Pelawat tidak dibenarkan masuk demi mengelakkan jangkitan virus dan penularan virus yang lebih luas.

Adalah diharapkan pelajar yang sihat dapat menggunakan tempoh seminggu ini untuk mengulangkaji pelajaran dan bukannya hanya membuang masa terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan percubaan awal ogos ini.